Sunday, May 01, 2011

Kehebatan Cinta Lelaki

Dalam hubungan cinta, lelaki selalu dilabelkan dengan perkara-perkara yang negatif. Lelaki juga sering dikatakan menjadi punca apabila sesebuah perhubungan terputus di tengah jalan.

Sebaliknya, wanita pula biasa dilabel sebagai setia, tidak curang dan sanggup menunggu kekasih hati walau apapun yang terjadi. Namun benarkah begitu?

Ini kerana terdapat segelintir pihak yang mendakwa cinta seorang lelaki jauh lebih hebat daripada wanita. Lelaki juga dikatakan bijak menghargai wanita dan lebih 'cool' apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Di sini, mari kita nilai kehebatan cinta insan yang bernama lelaki.

1. Lelaki lebih menghargai kekasih
Pujian mungkin akan membuatkan seseorang itu lupa diri. Namun tidak kepada lelaki. Ini kerana lelaki lebih gemar mendapat pujian daripada insan yang dicintainya. Buktinya, biarpun semua teman-teman mengkritik akan penampilan atau sesuatu yang dilakukannya, namun oleh kerana kekasihnya menyukai penampilan yang ditampilkan serta sikapnya itu, dia akan terus-menerus memakai atau melakukan kebiasaannya itu.

Berbeza dengan golongan wanita yang lebih mengutamakan pandangan orang lain daripada pandangan kekasihnya sendiri. Adakalanya walaupun teman lelakinya berterus terang tidak menyukai dengan pakaian yang dikenakannya, namun oleh kerana teman sepejabat pernah memuji pakaian tersebut, wanita akan terus memakainya termasuklah ketika bertemu dengan teman lelakinya.

2. Lelaki lebih setia
Tidak dinafikan memang terdapat segelintir lelaki yang agak nakal. Namun hakikatnya mereka hanya sekadar menggatal dan tidak pernah serius untuk memikat perempuan lain kerana mereka sedar telah mempunyai teman wanita. Malah lelaki apabila telah jatuh cinta dengan seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan teman wanita yang mereka cintai itu berasa selesa dan berpuas hati berada di sampingnya.

Lebih mengharukan, ada lelaki yang rela 'mengikat perut' semata-mata untuk memastikan mereka mempunyai wang yang mencukupi untuk memenuhi hajat pasangan masing-masing. Manakala wanita pula hanya manis di mulut sahaja dengan mengatakan sanggup berkorban apa sahaja dan susah payah bersama pasangan masing-masing. Namun hakikatnya, apabila mereka bertemu dengan lelaki yang lebih sempurna, cinta mudah beralih arah.

3. Lelaki lebih memahami
Apabila bercerita soal memahami, memang kelihatan wanita bersifat lebih memahami jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Ini kerana wanita bersifat lebih lembut berbanding lelaki yang lebih suka berterus terang apabila tidak menyukai sesuatu perkara. Namun apabila dikaji sedalam-dalamnya, ternyata di dalam hubungan cinta, lelaki sebenarnya lebih memahami berbanding wanita. Buktinya lelaki sanggup menunggu apabila wanita yang dicintainya itu lambat. Malah sanggup menunggu sehingga berjam-jam lamanya asalkan dapat bertemu dan bermesra dengan kekasih hati.

Manakala wanita pula sentiasa mahukan kesempurnaan dan segalanya berjalan seperti mana yang dijanjikan. Malah kalau lelaki lewat lima minit daripada masa yang ditetapkan sahaja, sudah berbakul-bakul sumpah seranah yang dilepaskan. Malah merajuk sehingga berjam-jam lamanya.

Jadi fikirkan cinta siapa yang lebih hebat. Lelaki ataupun wanita

Apa Yg Lelaki Suka & Tak Suka

                                       

Lelaki suka:
  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:
  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego