Monday, May 02, 2011

saintis dengan durian

 Di dalam sebuah hutan.. kelihatan 3 org saintis sedang melakukan kajian ala Nasional Jografik gitu..
Tiba-tiba..
"TANGKAP MEREKAAAA!!!" segerombolan puak2 kanibal pemakan manusia menangkap saintis2 tersebut..
"Kamu bertiga ditangkap kerana menceroboh tanah kami.. hukumannya.. kamu akan diMAKAN!!" jerit ketua kanibal..
"Tolong la kami.. kami merayu... lepaskan kami.." kata saintis A
"Kami anak ramai.. lepaskan kami.." rayu saintis B
"Lepaskanlah kami.. kami sanggup buat apa saja.." kata saintis C

Ketua kanibal berfikir sejenak..
"Baiklah.. kamu bertiga akan dilepaskan.. tapi dengan dua syarat"
"ape saja syaratnya.. janji kami selamat" jawab saintis serentak
"Syarat pertama.. kamu dikehendaki utk mencari 10 biji buah yg sama jenis. kalau pisang, 10 biji pisang. Tetapi tidak boleh sama di kalangan kamu. kalau sorg cari pisang, yg lain kena cari buah lain. Masa diberikan hanya 1 jam" terang ketua kanibal..
Mendengar arahan ketua kanibal.. 3 saintis terus mencari 10 biji buah tanpa fikir panjang kerana tak nak rugi masa.. diorang tidak sempat utk mendengar syarat yg kedua..

Sejam kemudian..
"Kamu! buah apa kamu bawak?" tanya ketua kanibal
"Nenas!!" jawab saintis A
"Baiklah. Syarat yg kedua utk kamu dilepaskan.. aku akan sumbat 10 biji buah yg kamu cari kedalam lubang punggung masing2.. Siapa yg keluar suara akan dibunuh!!"
Nenas pertama disumbat ke punggung saintis A
"Hpppffff!!!" Saintis A masih bertahan..
Nenas kedua disumbat..
"AAARRGGGGHHHH!!!!" Saintis A berteriak..
"Bunuhhhh!!!" arah ketua kanibal kepada anak buahnya..

"Kamu! buah apa kamu bawak?" tanya ketua kanibal
"Ciku!!" jawab saintis B
"Baiklah. sekarang 10 biji ciku akan disumbat kedalam saluran berak kamu.."
Ciku pertama disumbat. Saintis B hanya tersenyum
Ciku kedua disumbat. Saintis B wat muka selamba..
Sampai la Ciku kelapan.. Saintis B masih bertahan.. Tiba-tiba..
"KAHKAHKAHKAH KAHKAH KAHKAHKAH!!!"
Saintis B ketawa berdekah-dekah!
"Kamu! Keluar suara! Bunuh!!!!" Ketua kanibal mengarahkan anak buahnya membunuh Saintis B..

Saintis A & Saintis B yg dah mati bertemu di alam roh..
Saintis A: "Aku nak tanya skit.. apesal ko gelak time kena sumbat ciku tu?"
Saintis B: "Mane tak gelaknya.. time aku kena sumbat ciku kelapan tu.. aku ternampak member kita yg sorg lagi baru sampai.. AKU NAMPAK DIA BAWAK BUAH DURIAN!!!!!!!!!"



Sunday, May 01, 2011

RAHSIA CINTA : Lelaki Acuan Al-Quran


Lelaki Acuan Al-Quran 
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT 
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya 
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya 
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam 
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya 
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi SifatRasulullah SAW 
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir 
Yang Tidurnya 
Lena
Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
Wahai para lelaki,sedarilah kamu pemimpin wanita..Sebaik-baik panduan pimpinan adalah menurut Al-Quran danSunnah