Alhamdulillah ku masih
bernafas... dan masih boleh meneruskan kehidupan macam biasa.. macam orang
lain..
Nukilan ku khas untuk
mu!!
Terima kasih hadirkan
dia,
Disaat ku memerlukan
seorang teman,
Terima kasih kurniakan
ku Dia,
Seorang teman yang
boleh memahami ku,
Ada disaat aku bangun
dan jatuh.
Terima kasih kerana
kurniakan aku akal untuk berfikir,
Yang mana satu kaca
dan mana satu berlian.
Terima kasih hadiahkan
aku seorang insan,
Seorang insan yang
menerima ku seadanya tanpa memandang akan kekurangan ku.
Cinta bukan mengajar
kita lemah,Tetapi membangkitkan kekuatan,
Cinta bukan mengajar
kita menghina diri,Tetapi menghembuskan kegagahan,
Cinta bukan melemahkan
semangat,Tetapi membangkitkan semangat.
Terima kasih sebab
tiupkan satu kekuatan untuk ku...