Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
PERGILA DULU.
Tetiba dia cakap pergila dulu, time korang tengah jalan2..so korang jalan la dulu..woi lurus bendul tul larr...maknanya korang tersalah cakap la tu, tu yang dia suh korang pegi dulu.satu agi mana tau dia amik pisau tikam dari belakang.bukan leh caye sangat.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
JUM
ini jum ni..xleh caya ngat.hehe contoh korang nak kuar..so da dia kata jum jadi kita cepat2 pi, bila kita sampai xder pon dia..adesh..bila msj..jap2..jum dia tu upernya 10 min dia turun..hehe
TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'. menyampah ngan korang pun xtaw.hehe
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'. dan ia juga bermaksud dia tidak berpuas hati atau tidak terima kata-kata ini(kalau ditambah ekpressi muka kan best).
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama. jgn cepat menggelabah cakap..tengok , dia da berkenan kat aku.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. kalo yang bendul tentu dia cakap, "xlah sikit je ni, nak saya buat lagi x?'" (penampar sudut 360 darjah singgah di muka anda).
Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.selepas itu dia akan berlalu pergi,siap sedia lah korang sebab pasni korang akan berperang mulut di fb,hp, email , ym dan surat.wewewe
perempuan lebih bersifat kepada apa yang tersirat dari yang tersurat..so korang kena faham la..apa yang disebalik kata2nya macam udang di sebalik mee...dan kata2nya selalu berkias..adeshh agak susah..namun yang pasti mereka hanya ingin disayangi, dimanjai dan dihargai...so ada awek buatlah ada awek yer...hehe jagalah apa yang boleh kita jaga..
AWAKLAH YANG SALAH/SEMUA NI SALAH AWAK.
pernah dengar tak ayat ni?ke hari-hari.?hehe ayat ni korang akan dengar sama ada itu salah korang ataupun salah dia..janji dia dapat cakap korang salah dia akan puas hati, dia nak korang bertanggunjawab r kira.da tu marah korang kaw2 punyer..ianya adalah satu cara dia menenabgkan dirinya yang serabut, gelisah atau pe saja..paling penting,wuuuu padan muka kita kan kena sound jek padahal bukan kita yang wat.haha
p/s : jangan melukai hati wanita.kerana wanita yang terluka sanggup melakukan apa sahaja.kerana dia ibarat ibu harimau(xmelampau kan2?)
No comments:
Post a Comment