Tuesday, June 28, 2011

Kalau cinta jangan over




Kalau benci. jangan benci sangat
Kalau sayang pulak.. biarlah berpada

Kamu orang mesti selalu dengar kan? Bahkan sangat selalu. Terlalu selalu.

Tapi, selalunya kita tidak ambil pusing, kita buat tidak tahu dan kita tidak endah lansung. Oleh kerana dah sayang, kalau boleh bulan bintang mahu kita beri. 

Selalunya yang berlebih-lebih menunjukan kasih sayang ni siapa? 
Lelaki?
Atau perempuan?
Atau mungkin terlalu subjektif?

Selalunya yang banyak berkorban dan sanggup lakukan segala ini siapa?
Lelaki atau perempuan?
Atau mungkin juga terlalu subjektif? 

Untuk entri yang pertama ini aku tidak mahu bias kepada sesiapa. Cuma kalau pun kita sayang, berpada-pada lah. Yang selalu terjadi, berjanji untuk sanggup sehidup semati. Si kekasih sanggup berkorban segala-galanya sedang kita sendiri sebenarnya tidak pasti pun apakan nanti si kekasih ini benar-benar ditakdirkan untuk menyimpul mati hubungan itu dengan sebuah ikatan perkahwinan yang sah. Apabila tiba pada suatu ketika, bila mana salah seorang berpaling arah, perasaan yang sebelum ini mekar dengan kasih sayang terus saja bertukar menjadi benci yang meluap, berakar dendam. 

Sebab apa?

Kerana dulu kita sudah terlalu kasih
Kerana dulu kita sudah terlalu banyak berhabis
Kerana dulu kita sudah terlalu banyak beralah

Akhirnya.. apabila kita sedar bahawa segala yang kita lakukan tidak berbaloi walau untuk satu sen pun, kita jadi marah. Kita kecewa. Kita benci.

Jadi, kalau pun kita benar-benar kasih, jangan diserah semuanya yang kita ada. Simpan sedikit kasih sayang itu untuk diri sendiri. Kerana sekurang-kurangnya nanti kita akan masih mampu untuk mengasihi diri sendiri bila kita tidak ada sesiapa lagi yang sudi mengasihi.

No comments:

Post a Comment