Sunday, June 19, 2011

Kawan VS Kekasih. Pilih yang Mana?

[ScreenShot115.jpg]

Kawan amat penting. Susah nak cari kawan yang betul-betul sekepala dengan kita. Kawan yang kita boleh luahkan perasaan bersama-sama tanpa perlu risau akan kebocoran rahsia yang dikongsikan. Kawan yang sentiasa memberi pandangan yang jujur tentang diri kita. Dimana kawan yang kita melakukan aktiviti bersama. Mengulangkaji pelajaran bersama, pergi ke kelas bersama, lepak-lepak bersama, mandi bersama dan tidur bersama...erm...dan erm pergi ke kelas bersama.

Susah kan nak cari kawan yang macam tu. Tapi. (Ya mesti ada tapi-tapi kan yang macam dalam drama melayu kan.)

Tapi, korang semua sebenarnya setuju dengan aku. Just korang taknak mengaku. Awek/Bf semamngnya akan lagi penting dari kawan.


Hard way

Kita asyik dengar kawan susah dicari. Kawan sukar diganti. Awek pulak mudah dicari. Berlambak-lambak nak-nak ratio girls kat dunia ni adalah 2:1.. Ceh. Tu semua bulls*

Entah lah. Mungkin aku silap pasal awek lagi penting dari kawan.

Well, cuba korang jawab soalan-soalan dibawah dengan jujur untuk mengetahui samaada aku silap atau korang yang silap;

  • Setiap malam sebelum tidur. Korang mesti akan sms awek anda dan wish “ Gud nite baby/mama/ling/ucuk/sayang. Nanti kita jumpa dalam mimpi yea? Then kita boleh la tidur sama-sama.” (gatal). Adakah korang akan buat yang sedemikian kat kawan-kawan anda? Kali terakhir aku dapat wish goodnight dari kawan aku adalah masa aku form4/5 kot. Tu pun sebab kawan aku tu suruh aku siapkan homework dia yang dia malas nak buat. Tak guna punya member.

  • Sehari tak berjumpa dengan awek anda. Confirm anda macam gila banyang kan. Makan tak lena. Tidur tak kenyang. Berak tak basuh dan macam-macam lah. Kalu anda tak jumpa kawan anda dalam masa 1 hari adakan anda akan jadi macam ni? Entah-entah masa aku tak de, semua orang cakap “aman dunia dowh Hanif tak datang kelas hari ni.”

  • Korang akan melayan awek anda sebaik mungkin apabila pergi date dengan awek anda.lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Adakah anda akan melakukan seperti yang serupa kat kawan-kawan anda? 
Could get her heart by this?
  • Anda sudi belikan bear yang besar-besar kat awek anda. Cokelat cardburry black forest, ferari roser, almond dan macam-macam lagi nama pelik yang tak terkira harganya.(Sorry la kalu tersalah eja. Aku tak biasa beli cokelat mahal-mahal ni) Dengan rela hati je korang belikan walaupun anda tahu yang tu je duit yang anda ada dan anda tahu yang anda kena makan pasir untuk hidup selepas ni. Adakah korang akan lakukan benda yang sama kat kawan anda? Camon la. Aku nak pinjam 20sen pun habis mengungkit-ngunkit pasal ayah dia kerja tukang cop duit atau tak. Nak belanja apa tah lagi.

  • Jika menaiki bas pergi date (sumpah tak romantik), anda tentu akan memberikan tempat duduk kat awek anda kan?. Adakah anda akan melakukan perkara yang serupa kat kawan-kawan anda? Jawapannya tak. Dulu aku pergi naik bas semua pakat berebut. Siapa yang tak dapat seat kena gelak ramai-ramai.

  • Anda sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hati korang. Sanggup lari dari rumah lagi. Adalah anda sanggup lakukan apa sahaja demi kawan-kawan termasuk mengadai nyawa?

So sweet

Banyak lagi contoh yang mampu aku huraikan. Jangan sampai aku cakap sal bergayut berjam-jam. Eih. Malas dowh. Termasuk jugak masa-masa indah yang korang luang kan bersama. Tak terkira banyaknya. lagu tentang awek banyak atau lagu tentang persanatan lagi banyak? Bak kata raja budut yang lawaknya macam badut dan tak tak klakar langsung, " lu pikirlah sendiri"

Then cuba fikirkan. Masa selepas anda kahwin. Adakah kawan-kawan memainkan peranan penting bagi anda? Adakah kawan anda orang yang akan menjaga anda? Menjaga family anda? Adakah kawan yang akan sanggup spend time untuk anda masa sakit 24/7? Tentunya tak. Sebab kawan-kawan ada isteri masing-masing. Diaorang ada anak yang perlu diberi makanan. Dia orang akan kewajipan yang perlu dilakukan bersama pasangan mereka (suami isteri) pada setiap malam jumaat ( membaca yassin maksud aku. Korang fikir apa?)

Kan?

TAPI. Kawan-kawan still penting. Kawan-kawan lah tempat korang kongsi pendapat. Kawan-kawan la asalnya wujud perasaan cinta dan sayang. Perasaan yang tak mampu digambarkan. Umpama menari-nari diatas sinaran bintang, diterangan dengan cahaya bulan di taman bunga dimalam hari bersama orang yang tersayang. Orang yang sentiasa terlekat didalam pintu hati yang dihiasa oleh ..OKAY-okay. Sorry. Ni lah akibatnya terbaca banyak sangat novel jiwang. Ter baca dan Terhabis baca. Ok?


Sebenarnya kawan lah juga yang menjadi tempat kita ketika susah. Aku sayang kawan-kawan aku. Erh. Malu sial cakap cam ni. Macam perempuan gay plak. Tak kisah lah. Yang penting. Aku nak bold kan yang kawan dan awek/bf memang penting untuk menceriakan hidup kita. Dua-dua amat penting. Tetapi, semuanya ada had. Apabila kita perlu memilih, kita tahu yang ianya adalah pilihan yang sukar. Dan berbahagialah ketika memilih. Kerana pilihan tak biasanya datang. Dan yang datang tak semestinya yang kita nak kerana banyak benda yang kita nak, kita tak akan dapat.

Banyak benda yang kita tak akan dapat walau kita berusaha sekuat mana pun. Dan bila tiba masanya, kita tahu bila kita patut berhenti berusaha. Dan biarkan segala usaha kita menjadi abu yang bertebangan. Well sekurang-kurangnya kita berusaha kan? Hidup ni tak adil. Semua orang tahu tu. So, jangan la nak merungut lebih-lebih. Live with it. Live your life. Live your day. Have a nice day, buddy.

No comments:

Post a Comment