Wednesday, May 09, 2012

CARA LELAKI MENGUJI WANITA





1.Adakah si dia materialistik?
Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda. Mereka akan menguji dengan cara ini:

> Memberi hadiah murah.
Reaksi anda : Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpannya. Anda gagal.

Reaksi anda : Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Anda lulus.

> Mengajak menikmati hidangan yang murah.
Reaksi anda : Menolak ajakannya dan tidak mahu menikmati hidangan yang telah disediakan sambil menunjukkan muka marah. Anda gagal.

Reaksi anda : Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan berselera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu.
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui tahap cemburu sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

> Mengenalkan kamu kepada bekas teman wanitanya.
Reaksi anda : Mula mempamerkan wajah yang muram dan menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi anda : Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

> Menelefon wanita lain di hadapan anda.
Reaksi anda : Marah dan mengatakan kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi anda : Bersikap tenang seolah-olah itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan dengan bekas teman lelaki.
Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki kamu adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Dia akan menguji dengan cara ini:

> Bertanyakan khabar bekas teman lelaki anda.
Reaksi anda :  "Oh,dia semakin sihat. Kami baru sahaja berjumpa minggu lepas". Anda gagal.

Reaksi anda : "Kenapa saya perlu mengetahui tentenag khabar si dia sedangkan hati saya sudah dimiliki".Anda lulus.

> Adakah anda masih menjalinkan hubungan dengannya.
Reaksi anda : Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi anda : "Kami masih berkawan tetapi tidak serapat dulu". Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan.
Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan anda seperti berikut:

> Pergi melancong.
Reaksi anda : Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman yang lain. Anda gagal.

Reaksi anda : Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

> Meminta bantuan temannya untuk menggoda anda.
Reaksi anda : Menerima pujukan temannya lalu keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi anda : Menolak godaan temannyadan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayunya itu. Anda lulus.

Credit untuk ---> Link ini

No comments:

Post a Comment