Saturday, June 04, 2011

wanita idaman wanita



Bersama saya untuk sekian lamanya dalam sesi merapu meraban lagi. ahaha. Dah bersedia? Tidak semua perempuan cantik menjadi idaman lelaki dan tidak semua perempuan kurang cantik tidak menjadi idaman lelaki. Tetapi bagaimana untuk menjadi wanita idaman lelaki? Jom kita masuk ke dunia hansfabregas sebentar. yehaa!!
Pada dasarnya, kebanyakan perempuan kacak memiliki sifat cerewet yang meloyakan lelaki. ahaha. Jika anda ingin menjadi perempuan idaman lelaki, seperti aaron aziz anda harus bijak mengawal emosi. Emosi terganggu aka kejelesan melampau akan menganggu mood lelaki dan tercetusnya perang dunia ke 10 kot?
Sebagai lelaki, macho saya sebenarnya sangat – sangat tak suka perempuan yang bermekap tebal mengalahkan opera cina. ahaha. Tempek sana, tempek sini, sebenarnya semakin menjejaskan pernampilan anda di kaca mata lelaki. Saya bagi contoh Lisa Surihani dalam drama adamaya, mekap yang simple dan natural pun boleh meluluhkan jiwa kental lelaki ego. ahaha. Anda bila lagi yer?
Lelaki seperti saya suka dimanjakan dengan belaian dan kata – kata romantik. ahaha. kantoi. ” U memang macho”, ” U sayang i tak b?”, ” U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan meredakan kemarahan mereka tak sampai 2 minit pun. Kalau tak percaya, sila lah mencuba yer. heh!
Paling lelaki pantang dengan perempuan perasan cantik. Janganlah anda tergolong dalam orang sebegini. Sedangkan orang cantik tak mengaku dirinya cantik, inikan perasan apabila baru dipuji 2-3kali cantik, dah riuh sekampung bak angsa hilang reban, baru dipuji sesedap rasa dah bangga tahap gaban. ahaha

No comments:

Post a Comment