Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu   lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah   digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan   keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik   untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang  jahat.
Biar  lambat jodoh asalkan mendapat  ‘Right Person’ dan biar seorang diri  daripada menjadi mangsa  lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian  nanti. Memang kita mudah  tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu  sangka, aku pasti bahagia  kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita  benar² mendapat apa yang  kita inginkan itu, ia juga datang bersama  masalah.
Kita selalu melihat orang  memandu kereta  mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu.  Hakikatnya  apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita  ditimpa pelbagai  kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta  mewah (walaupun  sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala  berhenti untuk  membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan  harga biasa, dia  terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam  kesesakan  jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh  di  hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya  menunggang  sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang  dituju.  Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan  bilakah dia  akan memandu kereta di tengah² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka   membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi   deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.   Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,   sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat   disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya   bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka  sebaik  sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan  ijab dan  Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang  terpaksa  dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal  melaksanakannya,  anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang  menyesali  perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian  membina  janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa  sahaja  asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.
Jangan  berkahwin dahulu sebab  kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk  melangkah tetapi telah  melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak  jumpa akar berpaut tatkala  cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala  tidak  putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan  iman,  mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin  itu  sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan –  bagi  yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan  Nabi-Nya,  bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan,  tiba  masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka   lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “
Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang² Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
Semoga mendapat jodoh yang diidamkan dan dirahmati Allah, amin…
 

No comments:
Post a Comment