Monday, July 11, 2011

perkara yang lelaki mahukan selain hubungan intim


Kemahuan lelaki sering dikhususkan berkaitan dengan hubungan intim sahaja. Sedangkan lelaki juga adalah manusia biasa yang memerlukan sentimen-sentimen lain untuk melengkapkan kehidupan mereka.  Tetapi ia sering tidak diendahkan oleh wanita kerana merasakan lelaki tidak perlu sikap sebegini. Hanya memikirkan wanita sahaja yang layak untuk menerima layanan sebagini. Pada dasarnya, pasti akan ramai lelaki yang bersetuju bahawa mereka juga mempunyai keinginan yang dinyatakan tetapi tidak diluahkan kepada pasangan mereka. Ini kerana lelaki lebih suka untuk difahami berbanding daripada memberitahu apa yang harus dilakukan.
Kejutan- Seperti wanita juga, lelaki amat suka apabila menerima kejutan terutamanya pada hari-hari bersejarah mereka. Ia tidak semestinya berbentuk hadiah, cukup sekadar menunjukkan penghargaan kepada mereka. Bukan wanita sahaja yang sukakan kejutan. Seorang lelaki juga akan lebih mudah untuk terharu sekiranya menerima kejutan daripada pasangan mereka. Mungkin mereka tidak dapat mengekspresikan perasaan mereka sama seperti apabila wanita menerima kejutan, tetapi sebenarnya mereka amat menghargai apa yang anda lakukan.
Sentuhan yang tidak disangka- Tidak dinafikan lelaki amat gemar untuk menyentuh wanita. Pada kebiasaannya lelaki yang akan mulakan untuk menyentuh wanita. Tetapi lelaki juga amat sukakan terhadap sentuhan yang tidak mereka sendiri sangkakan. Sebagai contoh, apabila wanita berasa takut wanita akan secara automatik menyentuh seseorang lelaki itu, lelaki amat sukakannya kerana merasakan mereka adalah wira sejati.
Pujian- Siapa yang tidak sukakan pujian? semua orang akan menyukainya. Begitulah juga seorang lelaki. Tambahan pula pujian diberikan oleh pasangan mereka. Sesekali lelaki juga harus dipuji untuk meningkatkan semangat mereka. Sebagai contoh, ketika suami ingin pergi kerja, berikan pujian bahawa mereka kelihatan kacak pada hari ini. Pasti suami anda lebih bersemangat di tempat kerja.
Layanan istimewa- Seorang lelaki amat sukakan layanan yang istimewa terutamanya daripada pasangan mereka. Pada kebiasaannya, lelaki tidak suka sekiranya cara wanita berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain digunakan di dalam perhubungan mereka. Sebagai contoh, mungkin seseorang wanita apabila bersama rakan-rakan mereka menggunakan nama panggila yang kasar seperti ‘kau’ dan ‘aku’. Lelaki tidak sukakannya untuk digunapakai didalam hubungan mereka. Ini adalah kerana mereka sukakan sesuatu yang istimewa.
Perhatian- Adakah anda merasakan lelaki dengan sengaja sanggup melakukan sesuatu untuk mengharukan hati seseorang wanita? Pasti tidak, mereka melakukan sesuatu kerana inginkan perhatian daripada seseorang wanita. Ini bukan bermakna mereka tidak ikhlas melakukan sesuatu untuk pasangan mereka, tetapi cukup dengan sekadar perhatian anda terhadap mereka. Mereka pasti akan lebih rasa dihargai sekiranya mendapat perhatian yang cukup daripada pasangan mereka.
Sokongan- Mungkin ramai yang ketahui bahawa disebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita berada dibelakangnya untuk menyokong terhadap apa yang mereka lakukan. Sokongan wanita terutamanya daripada pasangan amat bermakna untuk seorang lelaki. Pasti mereka akan lebih bersemangat untuk mengejar apa yang mereka impikan. Sentiasalah memberi sokongan terhadap lelaki kerana dengan sokongan yang anda berikan mampu untuk mengubah sikap seorang lelaki itu. Mungkin sifat lelaki kasar pada luarannya, tetapi sekiranya diberikan sokongan yang berterusan, mungkin lambat laun ia akan lembut juga. Kesabara amat diperlukan.

"PINTU NERAKA" DI UZBEKISTAN TERBUKA SEJAK TAHUN 1975


181355 186390064727913 163162463717340 486632 6299144 n PINTU NERAKA DI UZBEKISTAN TERBUKA SEJAK TAHUN 1975
Terdapat ‘Pintu Neraka’ di Uzbekistan? Diibaratkan seperti itulah yang terjadi di negara yang terletak di Asia Tengah ini. Ada sebuah lubang api menganga yang disebut sebagai mirip pintu neraka “The Door To The Hell”. Lubang api tersebut telah wujud di Uzbekistan sejak tahun 1975 dan ukuran keluasannya mencapai 2 kali lapangan padang bola. Tidak hanya itu, kedalamannya juga mencapai sehingga 30 meter dalam.
‘Pintu Neraka’ tersebut terdapat di lokasi jurang besar di bawah bumi. Ahli geologi menemui lubang tersebut ketika melakukan penggalian menggunakan jentera berat untuk pengeboran gas semulajadi. Ketika itu, kesemua peralatan penggalian telah masuk terperosok ke dalam lubang tersebut.
Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun. Untuk mengelakkan gas beracun tersebut terlepas keluar ke langit, para ahli memutuskan untuk membakarnya agar ia tidak mencemarkan atmosfera dan membuatkan makhluk yang menggunakan oksigen mendapat penyakit² yang serius akibat terhidu gas beracun berkenaan. Lokai lubang itu berada dekat dengan kota kecil bernama Davaz.
179354 186390098061243 163162463717340 486633 6977015 n PINTU NERAKA DI UZBEKISTAN TERBUKA SEJAK TAHUN 1975
Peristiwa itu terjadi semenjak tahun 1975 lagi dan lubang raksasa itu telah menyemburkan api seperti gunung berapi dan masih lagi terus menyala sehingga kini walaupun sudah 35 tahun berlalu. Masyarakat sekitar tiada yang berani mendekati kawasan ‘Pintu Neraka’ tersebut kerana akan merasai bahang kepanasan sehingga beberapa ratus meter jauhnya hinggakan lubang kebakaran itu digelar sebagai ‘pintu neraka’.
Sampai sekarang masih belum ada lagi penjelasan apakah ‘pintu neraka’ itu ukurannya semakin melebar atau stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi itu sentiasa terbakar. Walaupun terkena hujan sekalipun, apinya tidak pernah terpadam. Malah ada beberapa pandangan mengatakan bahawa lubang api itu sebenarnya semakin membesar tahun demi tahun. Wallahualam.
Lubang api raksasa itu juga mampu kelihatan dari kejauhan kerana berada di daratan tandus yang luas. Apabila malam menjelma, tampak lubang api tersebut semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan yang bersumber dari ‘pintu neraka’ tersebut.
168145 186390191394567 163162463717340 486636 3683484 n PINTU NERAKA DI UZBEKISTAN TERBUKA SEJAK TAHUN 1975
Peristiwa yang seakan mirip dengan bencana lumpur Lapindo, yang terus mengeluarkan lumpur panas gara-gara penggerudian yang dinilaikan sebagai gagal dan kesilapan kerana penggerudian itu telah mengakibatkan semburan lumpur panas hingga ke permukaan bumi.
Sehingga kini juga, bencana itu masih belum dapat lagi ahli geologi yang mampu menghentikan semburan lumpur panas Lapindo berkenaan. Yang boleh dilakukan hanyalah dengan menyekat salirannya agar tetap berlegar di dalam kawasan kesan lumpur panas itu supaya ia tidak terus melebar pula ke kawasan lain.
Mungkin ini adalah antara kejadian² yang terjadi akibat kecuaian manusia atau kesilapan para ahli geologi atau lebih tepat lagi adalah hasil kerosakan yang diperbuat oleh tangan manusia sendiri yang tiada jalan penyelesaiannya. Hakikatnya manusia tak akan mampu melawan kekuatan alam yang hebat ini.
167214 186390151394571 163162463717340 486634 7049160 n PINTU NERAKA DI UZBEKISTAN TERBUKA SEJAK TAHUN 1975
181444 186390178061235 163162463717340 486635 3030010 n PINTU NERAKA DI UZBEKISTAN TERBUKA SEJAK TAHUN 1975
Di bawah adalah 2 buah video berkaitan “Pintu Neraka” (Lubang Api) di Uzbekistan ini: