Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
Anda sangat cerdik, jujur,
lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati,
peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang
yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang
lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia
yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda.
Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda
seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam
kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan
pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda
adalah no.4, 6, 8.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan
disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka
akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan
terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda.
Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan
berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri
tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda
seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui
perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan
keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan
ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
Anda adalah seorang yang
berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk
mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda
dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah
yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda
inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya.
Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya
senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau
persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu
akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan
membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda
adalah no.6, 9.
no.4
Anda adalah seorang yang amat
degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana
kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda
berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau
kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena
berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan
mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit
anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat
mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
Anda sangat popular dalam
komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda
mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu
terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli
keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda
apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan
percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang
pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
Anda dilahirkan untuk
menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin
berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan
pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang
beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak.
Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli
keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang
murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan
ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan
kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan
merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan
nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda
banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat
yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri
sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi
anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda
adalah no.2.
no.8
Anda mempunyai personaliti
yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah
menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam
hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda
memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama
dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan
berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga
adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan
ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
Anda adalah seorang yang
sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang
sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti.
Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang
anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda.
Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang
taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model
teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.