Saturday, April 30, 2011

jika ku tak bangun esok pagi


Jika ku tak bangun esok pagi,
sayangku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku cintai.

Andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

Bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

Kalau ada yang sudi mengganti,
sayang lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.

Sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.

Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi

Perempuan ~ dari mata hati seorang lelaki


Perempuan. . .
Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Tidak percaya?

Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?


Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan?
Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka?
Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.


Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa?
Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan kawan² lelaki saya mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” 
[Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.]

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.


Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.
Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?


Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah ~ hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?

Maka jangan murahkan.

Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.

Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.

Tahap Cemburu Orang Lelaki


by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.


Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat.
(jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkanlelaki Scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

jangan terlalu gilakan seseorang


Sesetengah orang memang begitu sifatnya. Amat mementingkan diri sendiri tanpa mahu mengerti suasana yang sedang kita lalui. Mungkin kita sedang sibuk, mesyuarat, memandu, tidur, atau sekadar mahukan kerehatan. Menjadikan kita lemas dan terasa bodoh sekali. Setelah anda mendapat gambaran bahawa anda tidak diperlukan, maka pergilah dari situ. Cubalah tuah anda dengan orang lain pula. Usah terus diburu orang yang jelas telah mengatakan secara terang atau simbolik yang ‘Saya tidak perlukan awak dalam hidup saya’.

Usah kecewa sangat dengan hal semacam itu. Tidak semua yang kita sangka baik untuk kita, sebenar-benarnya baik untuk kita. Banyak juga yang buruk tetapi rupa-rupanya ia amat baik bagi kita. Anda tidak mendapat dia hari ini, anda sangka itu amat buruk. Tidak ! Jangan silap, mungkin itu amat baik untuk anda kerana ia membuka peluang bagi anda mendapat yang lebih baik.

Andainya anda telah terhenti di situ, peluang untuk anda mendapat yang lebih baik telah tertutup. Tidakkah itu sesuatu yang amat merugikan? Kita selalu ‘memaksa’ TUHAN memperkenankan semua yang kita hajatkan. Hingga kalau tidak dapat kita akan marah, merajuk dan menyalah-nyalahkan takdir. Apakah anda tahu apa yang akan terjadi pada hari muka? Apakah anda tahu dia yang anda buru sebegini dahsyat pasti memberikan kebahagiaan pada anda?

Tiada siapa mengetahuinya. Malah mungkin orang yang anda amat dambakan itu rupa-rupanya memberikan anda banyak masalah. Tidak sedikit orang yang berjuang bermatian-matian untuk mendapatkan seseorang, kemudian setelah mendapatnya terpaksa bermatian-matian pula hidup dengan seribu satu keburukan-keburukannya. Bukan semua yang kita mahu sesuai dengan kita. Impian kita besar, untuk memiliki rumah besar dan kereta besar, tetapi kalau badan kecil serta pendapatan tak seberapa kereta besar serta rumah besar akan memberi masalah. Orang berbadan kecil memandu kereta besar, silap-silap disangka pemandu, orang bergaji kecil tinggal di rumah besar, disangka rumah pusaka, main ekor atau rasuah. Orang buruk berkahwin dengan orang cantik, silap-silap disangka guna-guna. Orang miskin berkawan dengan orang kaya, mungkin kaki bodek dan gila harta.

Maka itu, jika anda sudah tidak diperlukan oleh seseorang, bawalah diri. Pergilah dari situ dan binalah hidup baru. Jelas, dia bukan terbaik untuk anda. Orang yang sedia melukakan hati anda tak mungkin dia akan tergila-gilakan anda. Jika anda berjaya pun memerangkap dia, tidak mungkin dia akan turut ‘gila’ sebagaimana anda.

Apa jua di sekeliling kita tidak menjanjikan kebahagiaan buat kita. Yang kita sangka membahagiakan itu juga datang bersama masalah. Kereta baru itu nikmat tapi kita juga dibebani masalah hutang yang banyak. Mengahwini orang kaya itu membahagiakan, tapi juga diburu takut miskin. Dapat berkawan dengan orang handsome atau cantik itu membanggakan, tapi kita juga dibebani cemburu. Pendek kata kesemua yang berada disekeliling kita bukanlah teras untuk berasa bahagia tetapi ketahuilah yang dikatakan bahagia itu berada dalam diri anda sendiri.

Selamat berasa bahagia untuk membina emosi cemerlang.

***Entri salin tampal ini untuk dia, seorang sahabat yang kecewa kerana cintanya ditolak oleh jejaka pujaannya. Sahabat, ku tahu kau amat menderita menjalani ujian ini. Tetapi bersabarlah. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan diikutkan rasa hati kerana itu akan memudahkan syaitan menguasai diri. Mencintai tidak bererti memiliki. Lepaskan lah ia dari kotak memori. Jika ia benar-benar tercipta untuk kamu, insyaAllah suatu hari nanti ia akan datang sendiri kepada kamu. Jika sebaliknya, jangan bersedih, sesungguhnya rahmat Allah sentiasa bersamamu. Tersenyumlah wahai sahabat, sekurang-kurangnya ia masih sudi berkawan denganmu walaupun hatimu parah akibat tusukan "mata kail"nya. Peringatan untuk diriku jua.

ALLAH cinta yang Agung.



Al-Quran Menjawab Keluhan Manusia


Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran Menjawab :
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).
“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)
Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?

Al-Quran Menjawab :
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 216)
Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Al-Quran Menjawab :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)
Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?

Al-Quran Menjawab :
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)
Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Al-Quran Menjawab :
“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)
Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Al-Quran Menjawab :
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat Surah Ali Imraan : 200)
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)
Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Al-Quran Menjawab :
“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat Surah At-Taubah : 129)
Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

Al-Quran Menjawab :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)
Wallahualam.

Kegunaan Miss Call


"Miss Call' atau bahasa smsnya 'mis kol' bukan sahaja bermaksud panggilan yang tidak berjawab. Sebenarnya banyak kegunaan miss call ni..Ia juga boleh bermaksud:

- Apa khabar?
- You OK?
- Saya sedang memikirkan awak
- Ko tengah buat apa sekarang?
- Saya rindukan awak
- You 'free' ke sekarang?
- Boleh bercakap ke sekarang?
- Tolonglah..
- Call saya semula topup dah nak habis (ni paling biasa la)
- Boring la..
- Jaga diri..
- Jangan lupa beli bawang..

Kesimpulannya kegunaan miss call ialah:

kawan miss call semasa mengingati kawannya, pasangan kekasih miss call semasa merindui pasangannya, bapa miss call anaknya supaya anaknya sentiasa berhati-hati , guru miss call muridnya untuk wish good luck menghadapi exam,isteri miss call suaminya supaya tidak lupa membeli barangan yang dipesan dan banyak lagi.

Sekarang anda dah tau banyak kegunaan miss call ni, jangan lupa miss call rakan anda memberitahu dieorag jgan lupe like page gmbar2 lwk dan video gempak :) hehe

Thursday, April 28, 2011

kenapa pompuan masih lagi single?


Kenapa perempuan masih lagi single? 


Saya tertarik untuk membuat artikel ini apabila seorang kawan saya meminta saya buat artikel mengenai "Kenapa perempuan masih lagi single even umur dah meningkat?". Jadi, di bawah ini merupakan pendapat saya dan tidak sesekali bermaksud ingin membuat seseorang terasa hati dan sebagainya.


Paras rupa

- Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!


Penampilan diri

- Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.


Tutur bahasa dan adab sopan

- Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti. ;))


Tidak yakin pada diri sendiri

- Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.


Serik untuk berkapel

- Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. Gunakan Tentang Cinta sebagai contohnya. Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda.
Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengetahui bagaimana untuk keluar dari persoalan ini.Semoga anda mendapat seorang jejaka yang dapat menyayangi dan menjaga anda sehingga ke hujung hayat.

Di Larang Couple Sebelum Nikah (sy copy je..utk peringatan bersama)



Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best! Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe.. Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe.. Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu.. Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu
Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~ Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

Jangan Mencari Terlalu Sempurna



Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....