Jangan risau jika isteri kita tidak berapa cantik. Cantik bukanlah segala-galanya. Yang penting baik budi pekerti. Cantik pun kalau perangai tak elok pun tak guna jugak. Tengokla artis-artis sudahlah sebagai contoh. Penyudahannya bercerai jua. Tapi tak la semua macam tu kan. Tapi kebanyakannya. Kebanyakan artis-artis di Malaysia ni apa yang kurangnya.
Wajah ada, penampilan ada, duit ada. Boleh dikatakan semua cukup la. Apa yang kurang pada artis-artis tersebut? Mari kita lihat kelebihan-kelebihan isteri yang tak berapa nak cantik:
RAJIN
Isteri yang tidak berapa cantik ni, mereka agak rajin bekerja. Mereka tidak banyak mengharap. Tak perlu orang gaji. Tak seperti isteri cantik. Mereka takut kulit mereka gelap, takut tangan kasar dan macam-macam lagi la. Memasak pun takut tepercik minyak panas la. TETAPI, agak malang la kepada si suami yang beristeri tidak cantik tetapi isterinya malas.
LEBIH SELAMAT
Sebagai suami kepada golongan ini mereka juga akan berasa lega dan tidak perlu takut jika isteri kita curang. Peluang mereka untuk curang adalah tipis. Seperti contoh ketika bershopping, tidak ada yang akan mengorat isteri kita. Bila tiada yang nak mengenyit mata, tiadala yang nak mintak phone number, email dan sebagainya la.
KOS RENDAH
Boleh dikatakan begini kerana mereka tidak memerlukan banyak set kecantikan yang mahal-mahal. Cukup sekadar ada. Mereka tidak akan meminta untuk pergi ke salon yang mahal, rawatan spa, menyedut lemak, pembuangan selulit, pakaian branded dan macam-macam lagi lah. Senang kata mereka ini tidaklah cerewet dalam kecantikan.
LEBIH MENTAATI
Ramai yang mengatakan bahawa isteri yang cantik nih selalunya ego tinggi. Menafikan bahawa lelaki nih ketua dalam keluarga dan peratus yang tinggi untuk si isteri nih menjadi ‘Queen Control’. Selain itu, isteri-isteri yang cantik nih tidak risau kehilangan suami mereka kerana lebih ramai lelaki lagi menanti mereka di luar sana.
Walau apa pun, ini adalah pandangan sahaja. Tak semua isteri cantik tuh tak ada kebaikan. Tak semua isteri tak cantik tu baik sangat. Bagi si suami juga adalah penting. Tak guna beristeri tak cantik tapi terhegeh-hegeh kat perempuan muda yang cantik. Bagi isteri yang tak cantik juga haruslah anda menjaga penampilan anda. Jangan la kusut masai ja. Tak cantik tuh anugerah Allah SWT tapi yang lain tuh boleh diubah. So ubahlah.
i like..hehe
ReplyDeleteala, cantik tu subjektif.. mgkin ada org kta pmpuan tu cantik tp bg org lain biasa je.. n mgkin ada org kta sorg pmpn tu hodoh tp bg seorg llaki lain, pmpn tu la yg tercantik..
pmpn / lelaki yg plg cantik dimata kta ialah pmpn/llaki yg kita cintai ^^