Saturday, April 23, 2011

cikgu dgn anak murid


Kisah disebuah sekolah rendah..........

Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?

Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh

orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh

bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua

masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera Cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.

Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan

berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,

kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi

perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)


Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini murid!

Murid : Dengar itu cikgu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Rosak-rosak!

Murid : Baik-baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!


Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

No comments:

Post a Comment