Kata orang dari mata turun ke hati,dari hati pula berputiklah cinta.Hati berdebar-debar bila mata bertentang mata,inikah cinta pandang pertama?..Oppss!tapi bukan cerita tu aku nak sampaikan,asyik cerita cinta hati bunga-bunga..euwww,hehe..
Berbalik pada tajuk entri "dari kerana mata".Mata,adalah salah satu anugerah nikmat yang Allah dah berikan pada kita.Anugerah yang sangat berharga dalam kehidupan.Melihat alam yang terbentang luas,alam ciptaanNya untuk kita hayati.Membuat kita berfikir dan mengkaji dari setiap apa yang berlaku.
Tapi ada juga yang salah guna nikmat yang Allah dah bagi pada kita.Seakan diri tak bersyukur dengan pemberian yang ada.Sebab apa,ada yang melihat benda yang tak sepatutnya.Tak kira siapa,baik lelaki mahupun wanita,perlu menjaga pandangan mata kita.Apa yang telah diberikan sekadar hanya pinjaman.
Aku pun tak sempurna,cuma manusia biasa yang selalu buat silap.Tapi itu bukan alasan untuk selalu melakukan kesilapan,sebab kita diberi akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.Bagi lelaki kadang suka melihat benda yang tak elok,contoh tengok ada perempuan lawa yang pakai seksi sikit mesti tak berklelip mata dibuatnya.
"Rezeki depan mata siapa yang tak tengok kan?tipu kalau kata tak tengok.."
Betul,kalau yang terpandang secara tak sengaja tak apa,tapi bukan dengan pandangan yang kedua dan seterusnya.Bukan aku nak cerita tentang keburukan lelaki,tapi sekadar bercerita.Sebab dalam al-Quran pun ada mengingatkan kita agar menjaga pandangan dan kemaluan,berpesan pada lelaki dan wanita.Dah terang dan nyata apa yang dikata agar memelihara setiap dari pandangan kita.
Aku sekadar bercerita,sebab sekarang aku tengok fesyen yang ada sekarang macam pelik pun ada.Mungkin aku ni buta dengan fesyen ni semua,tapi buat kaum wanita pun sama kena beringat.Tak salah kalau nak berfesyen segala,tapi jagalah auratnya juga.Nak salah lelaki pun tak boleh juga,sama-sama kita.
Wanita pun kena jaga pandangan juga,bukan boleh tengok semua benda.Kalau ada abang yang badan berketul atau yang handsome pandangan tak berkelip.Bukan salah cuma kalau boleh tundukkan pandangan,agar tak mendatangkan fitnah.
Berpesan juga pada diri dan sesama kita.Selagi anugerah yang diberi masih ada,gunakan dengan sebaiknya.Jangan kufur nikmat yang diberi,takut nanti ditarik kembali..
No comments:
Post a Comment