Dalam dunia ni bermacam jenis manusia yang boleh kita jumpa,dengan pelbagai budaya,bahasa dan agama.Dengan kulitnya yang bermacam-macam,ada yang berkulit putih gebu,kuning langsat dan ada jugak yang berkulit hitam manis.
Betapa hebatnya alam ciptaanNya,mencipta kita dengan pelbagai sifat dan berbagai kaum yang berbeza.Dan semestinya punya sebab yang tersendiri untuk kita cari.Tapi dalam kepelbagaiannya kita tu,ada juga manusia yang suka membeza-bezakan manusia yang lain.Dengan hidupnya suka meninggi diri,menilai manusia dari segi luaran dan bukan dengan dari hatinya.Memandang orang lain dengan hanya pandangan sebelah mata.
Berbezakah kita?memandang orang lain dengan pandangan yang hina.Hinakah manusia itu bila tak punya harta yang banyak?miskin harta didunia.Kenapa perlu ada sifat meninggi diri?Sedangkan kita hidup dan berkongsi dunia yang sama.Bezanya kita kerana harta dan pangkatnya,itu hanya didunia.
Apa yang membezakan kita dalam hidup ni,itu adalah rezeki masing-masing yang telah diberi.Untuk menguji kita agar tak terlalu meninggi diri dan lupakan pada yang lain.Pada yang tak punya harta jugak tak apa,Allah menguji untuk melihat sejauh mana kita mampu berusaha untuk berjaya.Kita sebenarnya adalah sama dimataNya.Bukan harta jadi ukuran,tapi yang membezakan kita bergantung pada amalan untuk dijadikan bekalan untuk disana.
Tak perlu untuk meninggi diri kerana kau,aku,dia dan mereka adalah sama,Tak ada apa yang beza.Sekadar berpesan pada diri yang kadang terleka dengan apa yang ada.Leka dengan dunia yang hanya sebentar cuma..
No comments:
Post a Comment