Thursday, July 28, 2011

Untuk laki kalau nak reject cinta pompuan.....

Entri ini adalah kisah benar . Serius aku tak tipu korang !



  • MEMBERI ALASAN . Antara alasan yang popular :
  1. Saya dah ada girlfriend . (Padahal single je lagi )
  2. Cukup la sampai sini je kita couple . but we still remains teman yang paling rapat ye 
  3. Saya rasa better saya single . Kalau couple nanti sure susahkan awek saya nanti 
  4. Saya tak nak la kapel - kapel waktu belajar ni . Nak fokus study . ( padahal waktu tu tengah mengayat awek lain nak buat kapel )
  5. Jiwa saya tengah kacau la . Serabut sangat - sangat . Nanti - nanti jela bercinta ni .
  6. Awak saya anggap kawan je . Tak lebih dari tu .
  7. Saya tak suka bercinta dengan orang dekat . Tak de feel la nak rindu - rindu !  (bagi orang dekat)
  8. Saya tak suka bercinta dengan orang jauh . Susahlah kalau nak jumpa (bagi orang jauh)
  9. Awak ni baik sangat untuk saya . Saya ni jahat ! Tak sesuai la untuk awak .
  10. Saya tersangat la sibuk awak . Rasa macam PM je . So saya  malas la nak kapel - kapel ni .
  11. Kalau ada jodoh tak kemana kan . Ada jodoh nanti kita kawin jela .


  • PERMINTAAN MELAMPAU ATAU MENGARUT .  Contoh :
  1.  " awak , nanti kirim salam perkenalan dekat rumate awak ye . Dan tanya no. telefon dia sekali
  2. " boleh tak saya nak pinjam duit awak RM4k ke ? Sebab saya memang terdesak ni "
  3. " duit PTPTN saya dah habis la wak . Boleh tak awak belanja saya lunch dengan dinner tiap - tiap hari sampai hujung sem ni "
  4. " awak boleh tak pakai baju yang sendat - sendat sikit . Ni asyik longgar je "
  5. " awak , boleh tak topup kat handphone saya seratus . Senang sikit saya nak call awak "

  • MELALUI HANDPHONE :
  1. Asyik - asyik korang je yang call . Lelaki tu tak penah nak call korang balik .
  2. Balas mesej sangat la lambat . Bila korang hantar mesej , seminggu kemudian baru dia reply .
  3. Bila jawab call , dia lebih banyak mendiamkan diri .
  4. Korang hantar mesej berjela - jela panjang . Dia reply OK je .



ps : Sori la ayat tunggang - terbalik . Terngantuk la pulak ;p

Kentut...eiuwwww!!!



Sila jawab soalan berikut .
  1. Anda pernah kentut berbunyi dan berbau ?
  2. Pernah menghadapi situasi orang lain kentut berdekatan anda ?
  3. Pernah menghidu bau kentut yang menusuk saraf otak ?
  4. Pernah terdengar melodi indah hasil bunyi kentut ?
Jika YA . Sila bersyukur . Anda adalah manusia normal . 
Sebagai manusia normal , anda boleh meneruskan pembacaan entri ini sehingga habis .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku nak bagi cara penyelesaian kat korang  yang suka kentut berbunyi dan berbau di public .

  • Bila suka kentut berbunyi dan berbau . Kepada yang berkenaan , sila mengaku dengan bangga . " Sorry . I kentut . Tak tau la pulak u terbau kentut I . Sapa suruh u duduk dekat I " . Siapa tahu , lepas tu mungkin korang dapat peminat . Siap mintak nombor phone dengan sign lagi atas kejujuran korang tu . 

  • Bila suka kentut berbunyi dan berbau . Kepada yang berkenaan , sila pastikan korang makan limau kasturi setiap hari atau kalau nak advance lagi minum la minyak - minyak wangi yang berbau harum . Probability kentut korang nak berbau harum semerbak seperti Lacoste Pour Femme tinggi . Mana tahu ada pulak yang request korang kentut sekali lagi " Awak , kentut la lagi . Wangi la bau kentut awak ni . Saya suke la . "

  • Bila suka kentut berbunyi dan berbau . Kepada yang berkenaan korang mintaklah kebenaran orang disekeliling dahulu . " Maaf menganggu . Anda semua saya ingin melepaskan angin sedikit . Boleh tak anda semua bagi kerjasama menutup hidung . Sekian , terima kasih . " Mungkin korang menyelamatkan nyawa seseorang daripada terkena kejutan jantung hasil bau seperti memakan telur busuk yang diperam setahun yang korang lepaskan  .

  • Bila suka kentut berbunyi dan berbau . Kepada yang berkenaan , korang wajib bawak alat musik di mana sahaja korang berada . Jangan la pergi bawak piano . Bawak la seruling ke . Gitar ke . Violin ke . Bila korang rasa nak kentut je . Boleh korang mainkan alat muzik tu untuk mengaburi pendengaran orang sekeliling . Atau paling cikai punya cara , korang mainkan jela lagu kat handphone korang tu . Tapi sebelum tu pastikan volume semaximum yang boleyh .

  • Bila suka kentut berbunyi dan berbau . Kepada yang berkenaan  yang mempunyai awek atau balak , korang bawalah awek dan balak korang waktu korang nak kentut . Selain dapat test tahap peratus kecintaan pasangan terhadap korang . Ia juga dapat digunakan dengan menyalahkan pasangan korang seolah - olah pasangan korang yang kentut  walaupun sebenarnya korang yang kentut. " Sayang , lain kali kentut jangan la kat public . Nasib baik Baby tak kisah pun Sayang kentut ni . Jangan buat lagi tau !." Cakap la dengan nada yang romantis tapi cukup kuat untuk orang lain dengar apa yang korang cakap .



ps : teringat waktu sem lepas . Tengah berhimpit - himpit dalam bus . Ada pulak yang boleh kentut semerbak bau dia . Dah la deria bau aku ni kuat . Sabar jela .

20 solutions to forget ur EX practically .




  • Post atau tweet status sudah break dengan EX di facebook dan twitter immediately supaya ada manusia lain yang akan sudi jadi pengganti EX anda .
  • Kalau anda blogger , buat satu entri sudah single sambil mengutuk EX supaya anda mendapat sokongan yang ramai .
  • Delete nombor phone EX dalam telefon , kalau anda hafal nombor phone EX , hentakkan kepala ke dinding dengan harapan mendapat amnesia .  
  • Block facebook EX anda atau kalau terlebih rajin buat fanpage 'saya mahu lupakan *****' dan promote kepada kengkawan .
  • Cari manusia yang desperate dan bagi kasih sayang anda kepada mereka . 

  • Jadi penyibok hal orang lain supaya tiada masa untuk ingat kepada EX anda. 
  • Buat promotion ' saya ingin menjadi sukarelawan menjaga baby tanpa gaji ' . Selain mendapat pahala , mungkin ramai akan memuji keluhuran hati anda .
  • Cabut rumput di padang yang berhampiran rumah . Pastikan tiada rumput yang tertinggal .
  • Lap kipas dan tingkap yang ada di rumah setiap hari . Pastikan tiada satu kuman yang hinggap .
  • Berlari keliling daerah tanpa henti . Semakin anda mengingati EX anda , tinggikan kelajuan larian anda .

  • Belajar seni pertahankan diri supaya anda dapat melepaskan tekanan dengan menendang dan menumbuk secara berdaftar . 
  • Beli satu buku mengikut ingatan anda kepada EX . Semakin anda mengingati EX anda , semakin tebal buku yang anda harus beli . Contengkan nama EX anda di buku . Ambil pisau yang tajam dan tikam nama EX anda . Pastikan pisau itu dapat menerobos dari front page sampai last page setiap kali menekam . 
  • Ubah penampilan diri anda . Pastikan anda sentiasa kelihatan jelita dan macho untuk menarik perhatian manusia supaya meminati anda .
  • Elakkan mendengar lagu jiwang dan tangkap leleh untuk mengelakkan hingus hijau dari meleleh . Lebih baik mendengar lagu hard core atau yang lebih terbaik mendengar zikir .
  • Jangan jumpa dan berhubung dengan EX nanti nampak sangat anda murahan !



  • Buang segala memori macam buang gambar bersama , bra atau boxer yang EX bagi , surat - surat tidak rasmi , dan bungkusan coklat . Sedekahkan teddy dekat anak saudara , cincin dekat emak , rantai dekat kakak dan baju kepada anak - anak yatim . Mesti anda dapat pahala . InsyaAllah .
  • Maafkan segala kebodohan EX walaupun dia sesuka hati memecahkan hati anda .
  • Berdamping dengan keluarga dan kawan - kawan setiap masa sampai mereka rimas .
  • Buat contest 30 hari mencari pakwe . Mana tau bertemu jodoh .
  • Dekatkan diri dengan pencipta dan larikan diri dari musuh utama ;)
ps : selamat beramal ;)

Sunday, July 24, 2011

Soalan banggang ketika naik kapal terbang


Yeah, kisah kapal terbang lagi. Ni lah kesannya naik kapal terbang lama sangat, begitu banyak idea yang datang. Bila entah kapal terbang nak dilengkapi dengan sistem internet, membolehkan penumpang melayari internet atas kapal terbang. Cool jugak kan? Kalau ada, akulah org pertama akan tempah!

Ok, kali ni entry pasal 4 soalan lucu yang ditanya oleh penumpang yang naik kapal terbang. Ni kira campo pengalaman sendiri mendengar orang bercakap dan ada jugak yang tokok tambah. alah, macam tak biasakan rupa bentuk entry aku ni. heh, jom kita baca dan mentelaah ya kawan-kawan!


1) Nak turun ke mana?



Kapal terbang ni tak macam bas. Hanya ada satu destinasi je. Tambah-tambah lagi penerbangan domestik. Kalau dah tiket tu tulis dari KL ke KB, xdenya dia akan berhenti singgah kat Terengganu. Memang sah akan turun kat KB. Soalan untuk 'ice breaking' nak turun kat mana ni memang tak munasabah, carilah soalan lain ya



2) Ada teh tarik tak?


Ingat restoran ke? Ni memang betul, aku dengar ada seorang sape-ntah-nama tanya nak menu lain masa pramugari air asia tengah hidang makanan. Haaa, dah memang limited makanan kat atas kapak terbang tu, memang tak boleh demand la. Makan je yang mana patut. Nak demand, kena buat kapal terbang sendiri, angkut restoran masuk dalam kapal terbang



3) Apsal takde paip dalam tandas?


Memang kena bersahabat baik dengan botol kalau dalam kapal terbang sebab takde paip macam tandas kita dalam kapal terbang tu. So, nak basuh benda yang sepatutnya dibasuh, memang kena isi air dalam botol dan anggap botol tu macam gayung. Nasib baik tak mintak gayung dengan pramugari ye tak? heh, kalau tak lagi parah pramugari tu cakap 'lap je lah dengan tisu' fuhh, memang tak best lap-lap ni!



4) Takde skirt yang singkat lagi nak pakai?


erk, benda ni sensitif. aku pun nak tanya tapi tak tertanya!

pernahkah anda terfikir (kalau mati hari ini)


pernahkah anda terfikir? apa yang akan berlaku kepada dunia sekeliling anda sekiranya anda mati hari ini? aku sering terfikirkan tentang ini.. kalau nak dikaitkan dengan iman dan amal, memang konfem tak cukup lagi untuk dibawa bersama kalau aku mati hari ni.. jadi aku kecikkan skop penulisan ni kepada dunia sekeliling dan aku takmau relatekan dengan topik agama, sebab perkara tu dah general dan semua orang pun dah tau yang kita kena kena jadi mukmin yang baik di dunia sebelum mati.. 



kalau aku mati hari ni, aku rasa dikalangan ahli keluarga aku tidak bermasalah sebab masing-masing dah hidup stabil.. lagipun kalau aku mati, mak aku ada penjaga, abang kakak aku pun semua ada kerjaya dan ada zuriat masing-masing untuk dibesarkan.. jadi aku tak risau sangat pasal famili aku.. aku anak bongsu.. serba sedikit aku rasa kalau aku mati, tak mengganggu gugat kehidupan mereka ataupun merugikan mereka pun.. aku yang selalu mintak duit kat mak, abang dan kakak aku.. haha :P

bagaimana dengan anda? kalau anda mati harini, anda rasa ianya akan membebankan keluarga anda tak? ada tak hutang yang anda belum langsaikan dan kalau anda mati, hutang itu perlu dilangsaikan oleh keluarga anda? kalau anda rasa kematian anda membebankan orang, settlekan cepat-cepat hutang anda.. aku tak ada hutang ;) dari kecik mak aku marah hidup berhutang.. tapi mungkin jugak ada yang aku tak prasan, macam zaman sekolah dulu aku ada gak mintak seringgit dua kat budak-budak junior.. hahaha..

tapi kalau bab rakan-rakan, aku rasa ada rakan-rakan yang perlukan aku.. aku tak ready lagi untuk mati hari ini sebab rasa macam ada benda yang tak settle lagi dengan rakan-rakan.. tapi kalau mati jugak, apa boleh buat~ hehehe.. masih ada rakan-rakan yang tak ada arah tuju dalam hidup, masih ada rakan-rakan yang suka isap dadah dan minum arak dan perlu dimarahi oleh rakan sudi menegur..

kalau aku mati hari ini, ada diantara rakan aku, mungkin takdak orang nak tegur diorang dah.. sebab kebanyakan orang tak suka menegur kerana takut dikatakan 'busy body'.. aku? aku tak peduli semua itu! hehehehe.. busy body itu hanyalah bahasa.. tanggung jawab itu yang sebenarnya..

aku tak kahwin lagi.. jadi hal mengenai kekasih hati atau anak-anak aku tak perlu fikirkan buat masa ini.. kadang-kadang terasa berat hati untuk tambah orang yang kita sayang dalam hidup ni sebab takut kehilangan dan juga takut membebankan balik orang yang kita sayang kalau kita mati.. hahaha.. tapi itulah realiti dan risiko yang terpaksa dihadapi oleh semua orang..

bagaimana dengan anda? pernahkah anda terfikir apa akan terjadi kepada kekasih hati anda kalau anda mati? adakah dia akan depress dan bersedih macam orang gila? kepada lelaki diluar sana, anda tak perlu risaukan kekasih hati anda kalau anda mati hari ini ataupun esok hari.. kekasih anda, bagi aku jaga!! kah kah kah.. auwwwww


p/s : Muhammad tinggalkan macam-macam untuk kita, kita pulak tinggalkan apa untuk orang lain? :) takkan hidup sekadar menyusahkan orang, lepas tu tak berbakti apa-apa kot? hahahaha

bagaimana mengetahui kekasih jujur dalam perhubungan?


hahaha.. tajuk ni agak tipikal untuk ditulis dikalangan penulis blog atau artikel.. tak kesah la.. aku nak kongsi gak pengalaman dan pendapat aku sendiri kalau anda nak menilai adakah benar kekasih anda jujur atau ikhlas dalam perhubungan.. kebetulan baru ni ada kawan aku baru dapat awek, dia suspicious dengan awek dia.. dia tanya aku, "camna nak check awek aku serious ngan aku aaa?" sebagai seorang rakan yang baik (walaupun aku masih single) aku bagi jugak laa idea bangang aku kat dia..


dalam bercinta ni, aku rasa dua-dua pihak tak kiralah laki atau perempuan pun sama-sama ada perasaan risau ditinggalkan, kena tipu dan lain-lain.. sebelum itu, aku nak tegaskan, kalau takut dengan risiko, TAK PAYAH BERCINTA LANGSUNG!! kah kah kah.. bagi orang lelaki, kebanyakannya mereka takut ditinggalkan sebab nanti ego mereka tercabar.. jadi kalau anda ada ego tinggi, jangan ikuti pendapat aku ni ya..

dalam kes kawan aku ni, aku cakap kat dia "hang bagi ja no phone awek hang kat kawan hang yang dipercayai.. suruh dia try mengorat awek hang".. ya.. perkara ini telah lama aku saksikan sendiri.. ada sorang awek rakan aku ni, siap boleh sembang lucah geli-geli dengan rakan aku yang lain.. percayalah! tapi anda kena pastikan anda dan rakan anda yang sorang lagi tu adalah seorang yang 'loyal' dalam persahabatan..

biasanya, kalau si dia setia, si dia akan memberitahu kepada anda "syg, tadi ada orang gila mana tah kol i nak mengorat i".. hahaha.. kalau dia tak khabarkan apa-apa kepada anda, janganlah terus tidak percaya kepadanya tetapi sila berhati-hati.. mungkin juga dia memang kuat berahsia ataupun menganggap perkara itu remeh dan tak perlu dibincangkan..

kepada perempuan yang nak tengok kejujuran dan keikhlasan lelaki pulak, simple ja.. yang ni aku rasa mesti ramai lelaki setuju.. hahahaha.. dengan ayat yang pendek ja, anda dah boleh tengok adakah kekasih anda benar-benar inginkan anda menjadi isterinya ataupun tidak.. cakap ja kat kekasih anda "u, parent i nak jumpak u.. bila u free?" lepas tu anda nilai sendiri melalui reaksi kekasih anda.. kah kah kah.. manusia yang takda hati perut ja sanggup dump orang sampai ke tahap tu..

video : screw you

p/s : nak test kekasih anda pun bergantung situasi la.. dan kalau ada diantara anda yang berubah pendapat terhadap kekasih sebab baca entry ni, jangan salahkan aku.. hahhaa.. kenali pasangan anda ok.. auww

how to dump your girlfriend


ahaha.. hari ini aku nak share dengan anda semua (yang masih belum berkahwin) cara-cara atau langkah yang boleh dibuat untuk tinggalkan kekasih hati anda.. kebetulan baru-baru ini ada rakan aku meminta pendapat aku "wei aku tak suka la kat budak ni, macam mana aku nak tinggal dia?" walaupun aku tak berpengalaman dalam hal-hal macam ni, at least aku bercerita jugak lah kat kawan aku sorang ni.. orang perlu kita jadi pendengar yang setia, so aku melayan ja lah.. kah kah kah


1. mula-mula sekali, kalau anda ada kekuatan dan mampu untuk berterus terang, lebih baik anda cakap direct kepadanya bahawa anda rasa hubungan anda tidak akan kekal lama.. ataupun gunakanlah ayat-ayat kiasan seperti "mak i tak suka kat u la camna ni?" atau "kita ni selalu sangat gaduh kan? nanti dah kawin pun macam ni jugak ka?"..

video : terus terang

2. kalau dah cakap jujur pun si dia tetap tak mau lepaskan anda jugak, anda boleh buat dengan lebih kejam.. contohnya seperti menulis status di facebook bagi semua orang tahu "aku tak suka kat sipulan sipulan.. mencik tau.. auww" ataupun sekiranya anda memiliki blog, anda juga boleh menulis di dalam blog anda.. kah kah kah.. nak lagi kejam? mintak putus melalui mana-mana stesen televisyen macam dalam video ni..


3. kalau cara 1 dan 2 pun dia tetap mahukan anda jadi teman hidup dia, anda terpaksa gunakan sedikit kekerasan untuk membuatkan si dia betul-betul paham bahawa anda tidak menyukai atau menyayangi dirinya.. kekerasan ni bukan bermaksud memukul si dia.. tapi melakukan sesuatu yang membahayakan nyawa si dia.. contoh? tengok video ni pulak..


lepas aku ceritakan semua-semua ni kat rakan aku, dia cakap "uishh.. takut gak aku kalau aku tinggal dia nanti dia bomohkan aku".. memang takleh nafi.. orang melayu kita ni kebanyakannya takut untuk menyatakan perasaan di hati ni kerana takut kena sihir.. dah tiga empat rakan aku kena benda-benda camni.. jadi untuk mengurangkan kerisauan rakan aku yang tengah dalam dilema ni aku cadangkan idea lain pulak..

selain dari mintak putus kat kekasih anda, anda juga boleh berusaha untuk membuatkan kekasih anda yang mintak putus kepada anda.. kah kah kah.. teknik ini agak sukar dilakukan kerana anda perlu kenal cara berfikir pasangan anda dan tahu apa yang dia suka dan tidak suka.. teknik ini sebenarnya sangat super kejam kerana ianya mampu meracuni perasaan dan pemikiran pasangan anda dimasa akan datang..

jadi aku rasa tak perlulah aku bercerita panjang cara untuk membuatkan kekasih anda yang mintak putus.. tak baik mainkan perasaan orang!! kah kah kah.. aku sendiri pulak macam mana? pengalaman aku putus cinta? mintak putus? sepanjang aku hidup dan bercinta, aku tak pernah tinggal orang.. orang yang tinggalkan aku :( auww..

** p/s : kalau tak suka, jangan bagi harapan kat orang

Wednesday, July 20, 2011

TOLONG LIKE OK!!!!!!

Salam satu Malaysia evelibadi.......

Disini saya coretkan adalah untuk menabur manifesto sekiranya korang undi atau LIKE gambo aku neh...

Sila follow step berikut:

1) Korang mesti like page nie dl yang INI atau yang nie ----> LIKE
2) Dah like page tu....pas tu pegi kat page nie plak YANG NI KLINK JE NIE
3) Dah pegi kat page tu...haaa pas tu mintak like la picture tu

JASA ANDA AMAT BERMAKNA PADA SAYA...
Setiap undian mampu merubah segala nya....

Thursday, July 14, 2011

Trick Isi Minyak Petrol Murah

petrol20pump Trick Isi Minyak Petrol Murah

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas kota tinggi….
masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 1.80 sen kat pam minyak jadi 1.00 or suka ati korang la nak letak berapa sen…
mula2 mmg aku tak percaya… tapi……
1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu… tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la…
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan ‘clear’ – utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter – 3x
6. then korang tekan ’0′ , ’0′, ’1′, ’0′, ’0′ (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter – 3x sekali lagi
8. tekan butang clear – 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang
“woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… xde keje lain ker…!!!!”
so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 1.90 seliter…
HEHEHEHE aku pun terkena… Dah pegi buat keje!

Tuesday, July 12, 2011

cubaan menembak di waktu malam














Jaringan Aidil Zafuan Tersenarai Dalam 10 Gol Terbaik Kelayakan Piala Dunia


Salam,

Percayakah anda, salah satu gol yang mendapat 10 tempat terbaik pada minggu ini adalah gol jaringan Mohd Aidil Zafuan ketika Malaysia bertemu Taiwan tempoh hari.

Mengikut laporan daripada 101GreatGoal, undian telah menetapkan jarigan Aidil menjadi jaringan yang paling terbaik. Anda juga boleh mengundi untuk jaringan Aidil.


Jaringan Aidil mendapat undian tertinggi.

1. Rodolph Austin (assist Diego Guastavino) (Sarpsborg v Brann, June 27, 2011)

2. Monica Ocampo (Mexico v England, June 29, 2011)
3. Lee Trundle (Aalesund v Neath, June 30, 2011)
4. Andriy Yarmolenko (Dynamo Kiev v Astra Ploiesti, July 1, 2011)
5. ‪Heather O’Reilly (United States v Colombia, July 2, 2011)
6. ‪Darlington Nagbe (Sporting Kansas City v Portland Timbers, July 2, 2011)
7. Andy Najar (DC United v Philadelphia Union, July 2, 2011)
8. Mohd Aidil Zafuan (Taiwan v Malaysia, July 3, 2011)
9. Marta (Brazil v Norway, July 3, 2011) (pictured)
10. Jonas Svensson (Rosenborg vs Sarpsborg, July 3, 2011)
Saksikan ulang tayang video jaringan hebat Aidil

Monday, July 11, 2011

tanda sekiranya lelaki serius terhadap perhubungan

Akan memperkenalkan pasangan kepada keluarga dan sahabat mereka- Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan. Ini menunjukkan bahawa mereka telah menganggap pasangan adalah sebahagian daripada hidup mereka. Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius terutamanya terhadap ahli keluarga. Ini adalah untuk mengelakkan perspektif negatif daripada keluarga terhadap mereka. Tetapi sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan anda pada ahli keluarga, anda perlu cuba untuk memahami situasi mereka. Mungkin masa tidak mengizinkan lagi mereka berbuat sedemikian.
Mengingati apa yang telah berlaku dalam hidup anda lebih daripada yang anda sendiri ingat- Seorang lelaki yang serius terhadap perhubungan akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati pasangan mereka. Apabila mereka berusaha keras dan fokus pada setiap perkataan yang anda luahkan, ia menunjukkan bahawa setiap luahan adalah amat penting untuk mereka. Ini adalah sebagai bukti yang tidak disampaikan dengan kata-kata bahawa mereka amat menghargai kehadiran anda di dalam kehidupan mereka. Selain daripada itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri anda dengan lebih mendalam.
Mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan- Adalah tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga seorang wanita. Sekiranya mereka mengambil berat terhadap perkara yang anda lakukan, ia menunjukkan bahawa mereka serius terhadap perhubungan. Ini adalah kerana pada kebiasaannya, lelaki yang hanya berniat untuk bermain akan tidak memperdulikan terhadap apa yang anda lakukan. Tiada perasaan tanggungjawab  didalam diri mereka terhadap diri anda. Berkemungkinan juga mereka belum bersedia untuk berkongsi hidup atau menjalinkan hubungan hanya untuk menghilangkan kesunyian mereka sahaja. Apabila mereka tidak sunyi, anda mungkin akan ditinggalkan.
Berkongsi masalah- Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan sukar untuk berkongsi masalah terutamanya melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah hanya kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah terhadap anda, ini adalah petunjuk bahawa mereka sudah mempercayai anda dan telah menerima anda sebahagian daripada hidup mereka. Tetapi awas, anda perlu bijak untuk mengesan adakah luahan hati mereka betul-betul ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati anda. Seorang lelaki tidak akan menceritakan semua masalah mereka jika baru sehari dua berkenalan, kebiasaannya ia mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan telah pelbagai masalah dikongsikan dengan anda, anda sepatutnya lebih berhati-hati.