Sunday, July 24, 2011

pernahkah anda terfikir (kalau mati hari ini)


pernahkah anda terfikir? apa yang akan berlaku kepada dunia sekeliling anda sekiranya anda mati hari ini? aku sering terfikirkan tentang ini.. kalau nak dikaitkan dengan iman dan amal, memang konfem tak cukup lagi untuk dibawa bersama kalau aku mati hari ni.. jadi aku kecikkan skop penulisan ni kepada dunia sekeliling dan aku takmau relatekan dengan topik agama, sebab perkara tu dah general dan semua orang pun dah tau yang kita kena kena jadi mukmin yang baik di dunia sebelum mati.. 



kalau aku mati hari ni, aku rasa dikalangan ahli keluarga aku tidak bermasalah sebab masing-masing dah hidup stabil.. lagipun kalau aku mati, mak aku ada penjaga, abang kakak aku pun semua ada kerjaya dan ada zuriat masing-masing untuk dibesarkan.. jadi aku tak risau sangat pasal famili aku.. aku anak bongsu.. serba sedikit aku rasa kalau aku mati, tak mengganggu gugat kehidupan mereka ataupun merugikan mereka pun.. aku yang selalu mintak duit kat mak, abang dan kakak aku.. haha :P

bagaimana dengan anda? kalau anda mati harini, anda rasa ianya akan membebankan keluarga anda tak? ada tak hutang yang anda belum langsaikan dan kalau anda mati, hutang itu perlu dilangsaikan oleh keluarga anda? kalau anda rasa kematian anda membebankan orang, settlekan cepat-cepat hutang anda.. aku tak ada hutang ;) dari kecik mak aku marah hidup berhutang.. tapi mungkin jugak ada yang aku tak prasan, macam zaman sekolah dulu aku ada gak mintak seringgit dua kat budak-budak junior.. hahaha..

tapi kalau bab rakan-rakan, aku rasa ada rakan-rakan yang perlukan aku.. aku tak ready lagi untuk mati hari ini sebab rasa macam ada benda yang tak settle lagi dengan rakan-rakan.. tapi kalau mati jugak, apa boleh buat~ hehehe.. masih ada rakan-rakan yang tak ada arah tuju dalam hidup, masih ada rakan-rakan yang suka isap dadah dan minum arak dan perlu dimarahi oleh rakan sudi menegur..

kalau aku mati hari ini, ada diantara rakan aku, mungkin takdak orang nak tegur diorang dah.. sebab kebanyakan orang tak suka menegur kerana takut dikatakan 'busy body'.. aku? aku tak peduli semua itu! hehehehe.. busy body itu hanyalah bahasa.. tanggung jawab itu yang sebenarnya..

aku tak kahwin lagi.. jadi hal mengenai kekasih hati atau anak-anak aku tak perlu fikirkan buat masa ini.. kadang-kadang terasa berat hati untuk tambah orang yang kita sayang dalam hidup ni sebab takut kehilangan dan juga takut membebankan balik orang yang kita sayang kalau kita mati.. hahaha.. tapi itulah realiti dan risiko yang terpaksa dihadapi oleh semua orang..

bagaimana dengan anda? pernahkah anda terfikir apa akan terjadi kepada kekasih hati anda kalau anda mati? adakah dia akan depress dan bersedih macam orang gila? kepada lelaki diluar sana, anda tak perlu risaukan kekasih hati anda kalau anda mati hari ini ataupun esok hari.. kekasih anda, bagi aku jaga!! kah kah kah.. auwwwww


p/s : Muhammad tinggalkan macam-macam untuk kita, kita pulak tinggalkan apa untuk orang lain? :) takkan hidup sekadar menyusahkan orang, lepas tu tak berbakti apa-apa kot? hahahaha

No comments:

Post a Comment