Monday, July 11, 2011

5 sebab mengapa mamak menjadi pilihan utama



  1. Modal yang minimum- Hanya bermodalkan rm2 anda sudah mampu untuk minum dimamak. Sekiranya anda minum air suam skali pun keadaan sekeliling tidak akan mempertikaikan anda kerana tempat anda minum adalah di mamak. Ini adalah merupakan faktor utama mengapa banyak golongan memilih mamak sebagai destinasi minum2 bersama rakan2.
  2. Tiada formaliti- Di mamak anda bebas untuk menjadi diri anda sendiri. Tiada pertikaian mengenai tingkah laku anda ketika di mamak. Anda bebas untuk memberikan pendapat anda tanpa perlu manjaga penampilan. Mamak juga adalah tempat sesuai membincangkan apa2 masalah bersama rakan anda tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Mungkin di tempat lain anda perlu menjaga tone suara anda untuk menampilkan keperibadian yang baik tetapi bukan dimamak. Di mamak juga anda bebas untuk berpakaian.
  3. Kesepaduan- Di mamak memang terkenal dengan musim bola. Anda boleh bersorak sekuat mungkin dimamak tetapi mungkin tidak di tempat lain. Tiada pertikaian mengenai cara kreatif sorakan anda kerana dimamak tiada masalah mengenai orang lain. Masing2 sibuk menceritakan masalah sendiri.Di sebabkan kesepaduan pasukan penyokong sorak inilah yang membuatkan mamak tetap menjadi pilihan utama.
  4. Perbezaan pangkat atau darjat- Di mamak orang tidak akan mempertikaikan apakah perkerjaan anda. Samaada anda CEO syarikat besar ataupun pekerja bawahan, semua akan nampak setaraf sahaja. Bayangkan sekiranya anda baru pertama kali makan di restoran mewah, pasti orang sekeliling anda dapat meneka bahawa anda  adalah seorang yang baru hendak mencuba. Berkemungkinan gosip akan keluar dari mulut2 orang yang sudah “biasa makan direstoran mewah” bahawa anda adalah seorang yang “kampung“. Ini mugkin juga menjadi pengaruh mamak tetap menjadi pilihan utama.
  5. Tiada had masa yang ditetapkan- Di mamak masa bukanlah penghalang. Yang menjadi penghalang utama adalah kemampuan anda untuk duduk berapa lama di mamak. Anda bebas meluahkan masalah2 dunia atau peribadi sehingga ke awal pagi pun. Mungkin di restoran lain ada waktu untuk penutupan restoran itu tetapi bukan di mamak. Segalanya bebas di mamak. Ini adalah antara top5 mengapa mamak menjadi pilhan yang utama.

No comments:

Post a Comment