Friday, July 08, 2011

Diam Ada Lah Lebih Baik Dari Berkata-kata

                                     


Memang benar seandainya sesuatu perkara itu tidak ada kena mengena atau tidak membabitkan kita, ada lah lebih baik kita berdiam diri dari berkata-kata. Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita cakapkan adalah bagus, tapi itu anggapan kita sahaja, kita tidak tahu bagaimana anggapan orang lain. Mungkin mereka akan mentertawakan kita di belakang atau lebih teruk lagi kita akan di cerca... siapa tahu. Alangkan baiknya sekiranya kita berfikir dahulu sebelum melontarkan kata-kata yang bakal memakan diri.
Aku cuba belajar untuk tidak banyak bercakap, dan bercakap apabila perlu sahaja. Memang sukar untuk melakukannya kerana aku sememangnya suka bercakap merapu dan suka mencelah cakap orang. Aku juga telah belajar banyak dari kesilapan diriku sendiri, ini semua angkara bercakap tanpa berfikir. Akan aku cuba untuk memperbaiki kelemahan ku ini, aku inginkan apayang terkeluar dari mulutku adalah dari buah pemikiran yang bernas dan boleh diterima pakai oleh semua orang.
Aku sering melihat mereka yang suka bercakap menjadi bahan ketawa dan dicerca orang. Aku tidak ingin hal ini terjadi kepada diriku dan semoga dijauhi dari terjadi kepada diriku. Bagi diriku akan ku cuba untuk berdiam diri dan tidak menyampuk selagi ia tidak mengganggu gugat hidupku. Aku ingin berpegang kepada prinsip "aku tak kacau hidup orang, dan tolong jangan kacau hidup aku". Dengan prinsip ini aku boleh hidup dengan tenteram dan aman bahagia.
Iya, itu mungkin prinsip yang bagus, tapi mulut kita boleh ditutup dan diamkan tapi bagaimana dengan mulut orang lain. Ketahuilah mulut orang lain kita tidak dapat diamkan dan tutup. Seandainya orang mengata dan menyakitkan hati kita cuba sedaya upaya untuk menerimanya secara positif. Memang susah untuk melakukannya. Tapi Insya'Allah dengan latihan yang berterusan terhadap akal, emosi dan jiwa, kita semakin boleh bersabar dan tabah untuk menghadapai kerenah manusia di sekeliling kita.
Petikan dari kata-kata pujangga:
Jika orang bodoh bercakap, jangan lah engkau menjawabnya sebab sebaik-baik jawapan baginya adalah diam seribu bahasa.

1 comment:

  1. kalau aku tak nk diam mcm mne.,,,lebih baik bising dari diam..,nanti org ckp pendiam pulak ..,,Ade sesetengah org kan tak suke ckp org tu pendimam sebab tu bising je..,,

    ReplyDelete