Sunday, July 24, 2011

bagaimana mengetahui kekasih jujur dalam perhubungan?


hahaha.. tajuk ni agak tipikal untuk ditulis dikalangan penulis blog atau artikel.. tak kesah la.. aku nak kongsi gak pengalaman dan pendapat aku sendiri kalau anda nak menilai adakah benar kekasih anda jujur atau ikhlas dalam perhubungan.. kebetulan baru ni ada kawan aku baru dapat awek, dia suspicious dengan awek dia.. dia tanya aku, "camna nak check awek aku serious ngan aku aaa?" sebagai seorang rakan yang baik (walaupun aku masih single) aku bagi jugak laa idea bangang aku kat dia..


dalam bercinta ni, aku rasa dua-dua pihak tak kiralah laki atau perempuan pun sama-sama ada perasaan risau ditinggalkan, kena tipu dan lain-lain.. sebelum itu, aku nak tegaskan, kalau takut dengan risiko, TAK PAYAH BERCINTA LANGSUNG!! kah kah kah.. bagi orang lelaki, kebanyakannya mereka takut ditinggalkan sebab nanti ego mereka tercabar.. jadi kalau anda ada ego tinggi, jangan ikuti pendapat aku ni ya..

dalam kes kawan aku ni, aku cakap kat dia "hang bagi ja no phone awek hang kat kawan hang yang dipercayai.. suruh dia try mengorat awek hang".. ya.. perkara ini telah lama aku saksikan sendiri.. ada sorang awek rakan aku ni, siap boleh sembang lucah geli-geli dengan rakan aku yang lain.. percayalah! tapi anda kena pastikan anda dan rakan anda yang sorang lagi tu adalah seorang yang 'loyal' dalam persahabatan..

biasanya, kalau si dia setia, si dia akan memberitahu kepada anda "syg, tadi ada orang gila mana tah kol i nak mengorat i".. hahaha.. kalau dia tak khabarkan apa-apa kepada anda, janganlah terus tidak percaya kepadanya tetapi sila berhati-hati.. mungkin juga dia memang kuat berahsia ataupun menganggap perkara itu remeh dan tak perlu dibincangkan..

kepada perempuan yang nak tengok kejujuran dan keikhlasan lelaki pulak, simple ja.. yang ni aku rasa mesti ramai lelaki setuju.. hahahaha.. dengan ayat yang pendek ja, anda dah boleh tengok adakah kekasih anda benar-benar inginkan anda menjadi isterinya ataupun tidak.. cakap ja kat kekasih anda "u, parent i nak jumpak u.. bila u free?" lepas tu anda nilai sendiri melalui reaksi kekasih anda.. kah kah kah.. manusia yang takda hati perut ja sanggup dump orang sampai ke tahap tu..

video : screw you

p/s : nak test kekasih anda pun bergantung situasi la.. dan kalau ada diantara anda yang berubah pendapat terhadap kekasih sebab baca entry ni, jangan salahkan aku.. hahhaa.. kenali pasangan anda ok.. auww

No comments:

Post a Comment